Friday, August 12, 2011

Arsenal Meleleh:Maksud sebenar Nasri



Oh!Gunners cuba untuk memahami maksud sebenar disebalik kenyataannya tentang masa depan beliau di Arsenal.

I don't want to sign to sign for a club where I wouldn't be playing the football I like where I wouldn't be happy,just for the sake of money


Maksud sebaliknya : Arsenal,kau ada duit ke tidak?

We already earn huge wages.The priority is to make a big career and win a tittles

Maksud sebaliknya :Aku tak pernah join mana mana iklan Nike lagi.Please lah Nike.Amik lah aku.

With no tittles under belt,you can't be in list for the Ballon D'Or

Maksud sebaliknya:Kalau menang Ballon D'Or,mesti naik gaji.yang penting dapat jadi kapten pun jadi lah.

Even without winning trophies,I think I have grown up

Maksud sebaliknya:Tak menang takpe.Asalkan aku ada private room sendiri kat bilik persalinan.Itu pun kira okay.


Kini,masa depan Nasri semakin samar.Oh!Gunners difahamkan Nasri bakal dilepaskan oleh Arsenal dengan harga 23 juta dan duit itu Wenger bakal guna untuk membaiki kembali skuad.

Bentuk kembali skuad?

Really.Are you joking me?Pasukan yang dipenuhi pemain sampah daripada pemain bintang ini perlu dibentuk dengan baik.Contohilah Liverpool.Mereka telah buang kesemua pemain sampah mereka seperti Torres dan membentuk kembali pasukan dengan membeli Luis Suarez adalah langkah yang bijak.Oh!Gunners tidak perlu memuji pasukan lain tetapi mereka adalah salah satu pasukan yang membentuk kembali pasukan yang mantap.Kita patut contohi mereka.

Pemain Sampah

Lihat sahaja pemain sampah seperti Manuel Almunia,Nicklas Bendtner,Abou Diaby,Johan Djourou,Sebastian Squillaci yang masih lagi berada di kelab tanpa dijual ke mana mana kelab.Keadaan ini pasti menyukarkan pemain baru untuk beraksi kerana Wenger lebih suka memilih mereka kerana mereka adalah pemain senior.Selain itu,mereka juga menghalang pemikiran Wenger untuk membeli pemain baru yang berkualiti.Sekiranya Almunia dijual,kita mungkin dapat melihat penjaga gol yang baru di Arsenal.Mungkin kualitinya lagi hebat dari Almunia.Kini Denilson berada di Sao Paolo.Beliau beraksi dengan pasukan barunya dengan 3 perlawanan dan mengutip 2 kad kuning.Teruk bukan.Namun dia bakal beraksi bersama Arsenal musim hadapan.

Kita lihat bagaimana jendela perpindahan pemain  berakhir yang bakal ditutup pada 31 Ogos.Kalau Wenger bertimbang untuk mendapatkan Juan Mata pada waktu genting sebegini,mungkin kita melihat Wenger bakal terlepas mendapat pemain tersebut kerana sikap board Arsenal yang tidak suka membeli pemain pada harga  tinggi.

No comments:

Post a Comment