Tuesday, August 16, 2011

Van Persie dilantik sebagai kapten Arsenal yang baru


Kekosongan jawatan Kapten Arsenal ditinggalkan oleh Cesc Fabregas di isi oleh Robin Van Persie.

Pemain antarabangsa Belanda ini telah berada di Arsenal sejak May 2004 dan bakal menerajui Arsenal sejak Cesc Fabregas meninggalkan Arsenal untuk Barcelona.

"Robin Van Persie telah dilantik sebagai kapten untuk musim ini"kata Wenger

"Beliau sentiasa ingin menang,dan beliau selalu memimpin pasukan Arsenal untuk menang."

Van Persie bakal dibantu oleh Thomas Vermaelen yang dilantik sebagai naib kapten Arsenal yang baru.

Saturday, August 13, 2011

Joey Barton hancurkan permulaan terbaik Arsenal



Semalam,perlawanan antara Newcastle dan Arsenal berakhir dengan seri 0-0.Perlawanan ini dicemari dengan insiden pergaduhan antara Joey Barton dan Gervinho.Arsenal menguasai perlawanan dengan hantaran pantas.Namun begitu,Arsenal masih lagi kekurangan kreativiti tidak seperti pasukan yang mempunyai Cesc Fabregas dan Samir Nasri.

Pertahanan

Szczhesny ingin membuktikan kepada Pak Wenger bahawa dia adalah penjaga gol No 1 Arsenal.Namun begitu,semalam dia tidak banyak diuji.Namun dia berjaya menyelamatkan beberapa hantaran lintang merbahaya dari Joey Barton dan Gabriel Obertan.Kieran Gibbs pulak mungkin antara yang paling lemah dalam empat pertahanan belakang.Gibbs lebih selesa menyerang daripada bertahan.Kombinasi Koscielny dan Vermaelen harus dipuji.Vermaelen yang kuat dan aggresif dipercayai bakal menjadi tunjang pertahanan Arsenal.Manakala Koscielny pula berjaya membaca beberapa hantaran dari pemain tengah midfield Newcastle untuk dijadikan sebagai peluang gol.Sagna memang tak pernah mengecewakan.Berjaya menyerang dan bertahan pada masa yang sama.

Midfield

Dari segi prestasi,Song berjaya melindungi barisan pertahanan dengan baik.Namun begitu,Song tidak berjaya membuat hantaran dengan sempurna.Bernasib baik tidak dikenakan kad kunind kedua setelah memijak betis Joey Barton.Oh!Gunners berharap Song ini dapat BEHAVE pada perlawanan lain.Dah lain macam tengok Song ni.Kombinasi Ramsey dan Rosicky tidak menjadi.Rosicky sering buntu untuk membuat peluang kepada penyerang seperti Van Persie manakala Ramsey masih lagi tercari cari kreativiti seperti Fabregas lakukan.

Serangan

Paling gua malas nak bercerita adalah Andrey Arshavin.Pemain ini makin lama makin teruk gua tengok.Hantaran tidak menjadi,serangan mudah dipatahkan menyebabkan pemain lain semua down.Bagi aku,Gervinho bukan sehebat mana.Sama macam Chamakh dulu.Dulu semua mengatakan Chamakh ini hebat,tapi padahal menanduk je dia reti.Sama macam Gervinho.Dia lebih banyak menyerang tetapi apabila berada di dalam kotak penalti,akhirnya dia buntu.Robin Van Persie hilang sengatnya.Itu sahaja gua nak cakap pasal Van Persie.


Paling gua marah adalah Joey Barton.Semalam,Jack Wilshere berperang dengan Joey Barton di twitter mengenai pergaduhan antara Barton dan Gervinho.

Dah lah.Gua kecewa.Gua choww dulu.

Friday, August 12, 2011

Arsenal Meleleh:Maksud sebenar Nasri



Oh!Gunners cuba untuk memahami maksud sebenar disebalik kenyataannya tentang masa depan beliau di Arsenal.

I don't want to sign to sign for a club where I wouldn't be playing the football I like where I wouldn't be happy,just for the sake of money


Maksud sebaliknya : Arsenal,kau ada duit ke tidak?

We already earn huge wages.The priority is to make a big career and win a tittles

Maksud sebaliknya :Aku tak pernah join mana mana iklan Nike lagi.Please lah Nike.Amik lah aku.

With no tittles under belt,you can't be in list for the Ballon D'Or

Maksud sebaliknya:Kalau menang Ballon D'Or,mesti naik gaji.yang penting dapat jadi kapten pun jadi lah.

Even without winning trophies,I think I have grown up

Maksud sebaliknya:Tak menang takpe.Asalkan aku ada private room sendiri kat bilik persalinan.Itu pun kira okay.


Kini,masa depan Nasri semakin samar.Oh!Gunners difahamkan Nasri bakal dilepaskan oleh Arsenal dengan harga 23 juta dan duit itu Wenger bakal guna untuk membaiki kembali skuad.

Bentuk kembali skuad?

Really.Are you joking me?Pasukan yang dipenuhi pemain sampah daripada pemain bintang ini perlu dibentuk dengan baik.Contohilah Liverpool.Mereka telah buang kesemua pemain sampah mereka seperti Torres dan membentuk kembali pasukan dengan membeli Luis Suarez adalah langkah yang bijak.Oh!Gunners tidak perlu memuji pasukan lain tetapi mereka adalah salah satu pasukan yang membentuk kembali pasukan yang mantap.Kita patut contohi mereka.

Pemain Sampah

Lihat sahaja pemain sampah seperti Manuel Almunia,Nicklas Bendtner,Abou Diaby,Johan Djourou,Sebastian Squillaci yang masih lagi berada di kelab tanpa dijual ke mana mana kelab.Keadaan ini pasti menyukarkan pemain baru untuk beraksi kerana Wenger lebih suka memilih mereka kerana mereka adalah pemain senior.Selain itu,mereka juga menghalang pemikiran Wenger untuk membeli pemain baru yang berkualiti.Sekiranya Almunia dijual,kita mungkin dapat melihat penjaga gol yang baru di Arsenal.Mungkin kualitinya lagi hebat dari Almunia.Kini Denilson berada di Sao Paolo.Beliau beraksi dengan pasukan barunya dengan 3 perlawanan dan mengutip 2 kad kuning.Teruk bukan.Namun dia bakal beraksi bersama Arsenal musim hadapan.

Kita lihat bagaimana jendela perpindahan pemain  berakhir yang bakal ditutup pada 31 Ogos.Kalau Wenger bertimbang untuk mendapatkan Juan Mata pada waktu genting sebegini,mungkin kita melihat Wenger bakal terlepas mendapat pemain tersebut kerana sikap board Arsenal yang tidak suka membeli pemain pada harga  tinggi.

Transfer Talk:Akhirnya Fabregas pergi jua ;(



Akhirnya pemain kesayangan kita semua pergi jua.Pemain yang dikatakan anak Barcelona ini telah berjumpa mak bapaknya.Anak yang kehilangan keluarga sejak 8 tahun lalu ini gembira dapat berjumpa dengan abang abangnya seperti Xavi,Iniesta,Puyol dan Messi.Sesungguhnya Fabregas ini akan mewarisi keturunan keluarga Barcelona.

Adat keluarga.Air dicincang takkan putus.Itulah pepatah yang sesuai buat Fabregas.

Sekarang,keluarga angkat Fabregas,sedang mencari penggantinya.Gua agak keluarga ini sedang huru hara manakala keluarga di Sepanyol sedang bersuka ria menyambut kembali anak mereka.

Apa pun,selamat maju jaya gua ucapkan buat Fabregas.Farewell to Fabregas guys.

Thursday, August 11, 2011

Arsenal Meleleh:Siapa yang bakal menggantikan Fabregas?

Arsenal bakal mengucapkan selamat tinggal kepada kapten kita,Cesc Fabregas.Cesc Fabregas mungkin ke Barcelona pada hujung minggu ini setelah berita mengenai Arsenal menerima yuran perpindahan Barcelona telah tersebar luas.Wenger harus memberi perhatian kepada pencarian pemain untuk menggantikan Fabregas.Di sini,aku telah listkan beberapa pemain yang patut menyahut cabaran Wenger itu.



1.Eden Hazard




Pemain yang berusia 20 tahun ini dikatakan sebagai Messi baru.Sudah tentu Wenger merupakan pengurus paling lama memerhatikan pemain ini sejak beliau memecah masuk pasukan utama Lille.Sejak dua musim lepas lagi Wenger cuba untuk mendapatkan pemain ini namun dek kerana terlalu midfielder dalam barisan Arsenal,Wenger tidak terlalu bergantung kepada Hazard.Kini Hazard telah mencapai kemuncak kariernya,sudah tentu beliau ingin pergi merantau ke kelab yang lebih besar dan Arsenal adalah salah satu impiannya


2.Juan Mata 


Pemain yang mempunyai corak permainan lebih kurang sama dengan Samir Nasri.Beliau lebih suka bermain dari kiri dan kanan padang tetapi beliau juga bertanggungjawab memainkan peranan dalam merancang permainan Valencia.Peminat Arsenal lebih berminat untuk mendapatkan dia oleh kerana rekodnya bersama Valencia dan Sepanyol.Sudah tentu pengalaman adalah salah satu kelebihan buat Juan Mata.Merupakan pemain target Liverpool dan Totenham tetapi Juan Mata lebih suka kepada kelab yang mempunyai status kelayakan Liga Juara Juara seperti Arsenal


3.Aaron Ramsey


Salah seorang pemain yang semakin meningkat naik dalam pasukan Arsenal.Peminat menjangkakan Ramsey bakal menggantikan Fabregas dengan corak hantaran pendeknya yang serupa dengan Fabregas.Namun begtu,Ramsey tidak mampu untuk membuktikan kehebatannya dalam hantaran jauh untuk rakan sepasukannya.Dia semakin matang apatah lagi dilantik sebagai kapten Wales dan menjadi kapten paling muda dalam karier antarabangsa dunia


4.Yoann Gourchuff 


Menurut Chamakh,rakan baiknya adalah pengganti paling sempurna buat Arsenal yang kehilangan Fabregas.Ketibaannya bakal menguatkan lagi barisan tengah Arsenal.Lihat sahaja rekod gol dan assistnya buat Bordeoux.Satu season beliau berjaya menjaringkan 15 goal dan 15 assist.

Namun begitu,rekod buruknya bersama kelab lama baru,Lyon ditambah lagi dengan kecederaan berpanjangan akan membuat Wenger was was untuk mengambil Gourchuff sebagai pemain baru.



5.Jack Wilshere

Dianggap sebagai pemain masa depan buat Arsenal dan England.Pemain ini banyak menghabiskan masa sebagai pemain tengah berganding dengan Cesc Fabregas.Skill menggelecek mengagumkan buat peminat Arsenal ditambah lagi hantaran pendek dan jauhnya buat rakan sepasukan sudah pasti meyakinkan Wenger untuk meletakkan Wilshere sebagai pemain midfield serangan yang selama ini diterajui oleh Cesc Fabregas.Namun begitu,aku menjangkakan Wilshere mungkin diletakkan posisi bawah untuk membantu Song melindungi bahagian pertahanan dimana posisi ini sama seperti Xavi di Barcelona.

6.Marek Hamsik 


Pemain yang sama umur dengan Cesc Fabregas ini adalah pemain terbaik untuk Napoli musim ini.Berjaya membawa Napoli ke Liga Juara Juara musim ini adalah salah satu pencapaiannya yang terbaik.Namun begitu,berita perpindahan Hamsek ke Arsenal tidaklah sehangat diperkatakan seperti Chelsea dan Ac Milan.Tambahan lagi,cara permainannya yang lebih fizikal berbanding kreativiti sudah tentu ditolak oleh Wenger.


Pilihan Oh!Gunner : Juan Mata

Transfer Talk:Jadson berada di London untuk Arsenal


Arsenal dikatakan bakal kehilangan dua pemain serba boleh mereka,Cesc Fabregas dan Samir Nasri mengambil langkah untuk mencari pengganti yang sesuai

Wenger tidak membuang masa dengan memilih Jadson sebagai pengganti.Menurut majalah Perancis,L'Equippe mengatakan Jadson sudah berada di London untuk membincangkan mengenai terma perpindahannya bersama wakil Arsenal.

Sekarang,hanya tinggal Arsenal mempersetujui bersama kelab Jadson,Shaktar Donetsk mengenai yuran perpindahan

Prestasi


Bagi setiap peminat kelab,mesti mereka semua ingin mengetahui tentang prestasi semasa pemain yang baru atau bakal dikaitkan perpindahan ke kelab.

Setelah aku korek korek mengenai Jadson ini,bagi aku,Jadson adalah midfield yang versatile.Antara prestasi yang terhebat adalah membantu Shaktar Donetsk memenangi UEFA Cup 2009.

Dia juga pernah mencipta hatrik ketika menentang FC Basel pada tiga musim lepas.Kini,dia adalah salah satu anggota atau pemain tetap untuk pasukan kebangsaan Brazil

Rekod


Untuk Liga Perdana Ukraine,dia membuat 107 penampilan dan mencipta 24 gol.

Untuk Piala Ukraine,dia membuat 11 penampilan dan mencipta 4 gol

Untuk Piala Eropah,dia membuat 41 penampilan dan mencipta 8 gol termasuk hatrik ketika menentang FC Basel.

Secara keseluruhannya,dia membuat 139 penampilan untuk Shaktar Donetsk dan mencipta 50 goal untuk 7 musim.



Wednesday, August 10, 2011

Arsenal Meleleh:Top 10 Pemain Muda yang dibawak masuk Wenger.#10-Denilson


Denilson-Dari Sao Paolo 2006


Kapten Brazil pasukan Brazil bawah 15 tahun ini adalah pemain muda yang di bawa masuk oleh Wenger pada tahun 2006.Ketika itu,aku masih lagi teringat yang Wenger terkial kial untuk mencari pengganti Veira.Dibeli dengan harga 3.5 juta pound dan berjaya menyorok masuk ke pasukan utama pada 2007.

Asalnya,Denilson bermain midfield kanan namun Wenger mencuba nasib Denilson ke arah posisi midfield tengah kerana kepakarannya membaca hantaran bola dari rakan sepasukan.

Asalnya,Wenger ingin menghantar Denilson ke kelab kecil untuk mendapatkan pengalaman,namun prestasinya yang begitu memberangsangkan,Wenger terus membawa masuk pemain ini ke pasukan utama pada usia 18 tahun.

Bagi aku,Denilson bukan pemain pilihan aku.Aku rela dia keluar dari Arsenal.Lihat sahaja cara dia bermain,pemalas,hantaran pun fail.Secara konklusinya,semuanya fail.Sepatutnya Ramsey dilihat untuk menduduki carta ini,namun Ramsey tidaklah menyinar berbanding dengan Denilson yang mempunyai kelebihan penampilan.

Ayuh,layan dulu tribute untuk Denilson