Thursday, August 11, 2011

Arsenal Meleleh:Siapa yang bakal menggantikan Fabregas?

Arsenal bakal mengucapkan selamat tinggal kepada kapten kita,Cesc Fabregas.Cesc Fabregas mungkin ke Barcelona pada hujung minggu ini setelah berita mengenai Arsenal menerima yuran perpindahan Barcelona telah tersebar luas.Wenger harus memberi perhatian kepada pencarian pemain untuk menggantikan Fabregas.Di sini,aku telah listkan beberapa pemain yang patut menyahut cabaran Wenger itu.



1.Eden Hazard




Pemain yang berusia 20 tahun ini dikatakan sebagai Messi baru.Sudah tentu Wenger merupakan pengurus paling lama memerhatikan pemain ini sejak beliau memecah masuk pasukan utama Lille.Sejak dua musim lepas lagi Wenger cuba untuk mendapatkan pemain ini namun dek kerana terlalu midfielder dalam barisan Arsenal,Wenger tidak terlalu bergantung kepada Hazard.Kini Hazard telah mencapai kemuncak kariernya,sudah tentu beliau ingin pergi merantau ke kelab yang lebih besar dan Arsenal adalah salah satu impiannya


2.Juan Mata 


Pemain yang mempunyai corak permainan lebih kurang sama dengan Samir Nasri.Beliau lebih suka bermain dari kiri dan kanan padang tetapi beliau juga bertanggungjawab memainkan peranan dalam merancang permainan Valencia.Peminat Arsenal lebih berminat untuk mendapatkan dia oleh kerana rekodnya bersama Valencia dan Sepanyol.Sudah tentu pengalaman adalah salah satu kelebihan buat Juan Mata.Merupakan pemain target Liverpool dan Totenham tetapi Juan Mata lebih suka kepada kelab yang mempunyai status kelayakan Liga Juara Juara seperti Arsenal


3.Aaron Ramsey


Salah seorang pemain yang semakin meningkat naik dalam pasukan Arsenal.Peminat menjangkakan Ramsey bakal menggantikan Fabregas dengan corak hantaran pendeknya yang serupa dengan Fabregas.Namun begtu,Ramsey tidak mampu untuk membuktikan kehebatannya dalam hantaran jauh untuk rakan sepasukannya.Dia semakin matang apatah lagi dilantik sebagai kapten Wales dan menjadi kapten paling muda dalam karier antarabangsa dunia


4.Yoann Gourchuff 


Menurut Chamakh,rakan baiknya adalah pengganti paling sempurna buat Arsenal yang kehilangan Fabregas.Ketibaannya bakal menguatkan lagi barisan tengah Arsenal.Lihat sahaja rekod gol dan assistnya buat Bordeoux.Satu season beliau berjaya menjaringkan 15 goal dan 15 assist.

Namun begitu,rekod buruknya bersama kelab lama baru,Lyon ditambah lagi dengan kecederaan berpanjangan akan membuat Wenger was was untuk mengambil Gourchuff sebagai pemain baru.



5.Jack Wilshere

Dianggap sebagai pemain masa depan buat Arsenal dan England.Pemain ini banyak menghabiskan masa sebagai pemain tengah berganding dengan Cesc Fabregas.Skill menggelecek mengagumkan buat peminat Arsenal ditambah lagi hantaran pendek dan jauhnya buat rakan sepasukan sudah pasti meyakinkan Wenger untuk meletakkan Wilshere sebagai pemain midfield serangan yang selama ini diterajui oleh Cesc Fabregas.Namun begitu,aku menjangkakan Wilshere mungkin diletakkan posisi bawah untuk membantu Song melindungi bahagian pertahanan dimana posisi ini sama seperti Xavi di Barcelona.

6.Marek Hamsik 


Pemain yang sama umur dengan Cesc Fabregas ini adalah pemain terbaik untuk Napoli musim ini.Berjaya membawa Napoli ke Liga Juara Juara musim ini adalah salah satu pencapaiannya yang terbaik.Namun begitu,berita perpindahan Hamsek ke Arsenal tidaklah sehangat diperkatakan seperti Chelsea dan Ac Milan.Tambahan lagi,cara permainannya yang lebih fizikal berbanding kreativiti sudah tentu ditolak oleh Wenger.


Pilihan Oh!Gunner : Juan Mata

No comments:

Post a Comment