Thursday, August 11, 2011

Transfer Talk:Jadson berada di London untuk Arsenal


Arsenal dikatakan bakal kehilangan dua pemain serba boleh mereka,Cesc Fabregas dan Samir Nasri mengambil langkah untuk mencari pengganti yang sesuai

Wenger tidak membuang masa dengan memilih Jadson sebagai pengganti.Menurut majalah Perancis,L'Equippe mengatakan Jadson sudah berada di London untuk membincangkan mengenai terma perpindahannya bersama wakil Arsenal.

Sekarang,hanya tinggal Arsenal mempersetujui bersama kelab Jadson,Shaktar Donetsk mengenai yuran perpindahan

Prestasi


Bagi setiap peminat kelab,mesti mereka semua ingin mengetahui tentang prestasi semasa pemain yang baru atau bakal dikaitkan perpindahan ke kelab.

Setelah aku korek korek mengenai Jadson ini,bagi aku,Jadson adalah midfield yang versatile.Antara prestasi yang terhebat adalah membantu Shaktar Donetsk memenangi UEFA Cup 2009.

Dia juga pernah mencipta hatrik ketika menentang FC Basel pada tiga musim lepas.Kini,dia adalah salah satu anggota atau pemain tetap untuk pasukan kebangsaan Brazil

Rekod


Untuk Liga Perdana Ukraine,dia membuat 107 penampilan dan mencipta 24 gol.

Untuk Piala Ukraine,dia membuat 11 penampilan dan mencipta 4 gol

Untuk Piala Eropah,dia membuat 41 penampilan dan mencipta 8 gol termasuk hatrik ketika menentang FC Basel.

Secara keseluruhannya,dia membuat 139 penampilan untuk Shaktar Donetsk dan mencipta 50 goal untuk 7 musim.



No comments:

Post a Comment