Wednesday, August 10, 2011

Arsenal Meleleh:Top 10 Pemain Muda yang dibawak masuk Wenger.#10-Denilson


Denilson-Dari Sao Paolo 2006


Kapten Brazil pasukan Brazil bawah 15 tahun ini adalah pemain muda yang di bawa masuk oleh Wenger pada tahun 2006.Ketika itu,aku masih lagi teringat yang Wenger terkial kial untuk mencari pengganti Veira.Dibeli dengan harga 3.5 juta pound dan berjaya menyorok masuk ke pasukan utama pada 2007.

Asalnya,Denilson bermain midfield kanan namun Wenger mencuba nasib Denilson ke arah posisi midfield tengah kerana kepakarannya membaca hantaran bola dari rakan sepasukan.

Asalnya,Wenger ingin menghantar Denilson ke kelab kecil untuk mendapatkan pengalaman,namun prestasinya yang begitu memberangsangkan,Wenger terus membawa masuk pemain ini ke pasukan utama pada usia 18 tahun.

Bagi aku,Denilson bukan pemain pilihan aku.Aku rela dia keluar dari Arsenal.Lihat sahaja cara dia bermain,pemalas,hantaran pun fail.Secara konklusinya,semuanya fail.Sepatutnya Ramsey dilihat untuk menduduki carta ini,namun Ramsey tidaklah menyinar berbanding dengan Denilson yang mempunyai kelebihan penampilan.

Ayuh,layan dulu tribute untuk Denilson


No comments:

Post a Comment